23 June, 2008

Testimonial video dari Laman Read Network

Ini adalah di antara video klips yang telah di muat turun dari laman web Read Network menunjukkan sebahagian dari anak-anak Iman Reader dan ibu-bapa yang ditemuramah.

23 May, 2008

Praktikal Solat


Sembahyang adalah satu kewajipan yang wajib dilakukan oleh setiap muslim.Setiap jumaat kami mengajar dan mendidik para pelajar cara-cara untuk bersembahyang.Ia termasuk cara mengambil wudhu',azan dan iqamah,dan berzikir.Praktikal solat ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak mula sembahyang pada usia muda.

Peperiksaan Pertengahan Tahun Iman Readers


Peperiksaan ini telah dijalankan pada tarikh 12 - 16 Mei.
Subjek-subjek peperiksaan yang telah dijalankan Bacalah Anakku,Read easy,Matematik,Sains dan Pendidikan Islam.
Program ini dijalankan bertujuan untuk menilai prestasi pelajar setelah 5 bulan menuntut di Iman Readers.
Seramai 39 pelajar telah menduduki peperiksaan ini.

Happy Birthday dan Selamat Hari Guru


Iman Readers telah berjaya menjalankan beberapa program yang melibatkan anak-anak didik kami di sekitar kawasan Gombak. Berikut adalah beberapa gambar dari program-program tersebut.



Happy Birthday Ummi dan Ahmad Azri


Selamat Hari Guru

07 May, 2008

Welcome to Iman Readers



Assalaamualaikum wr wb.

Kini Iman Readers mempunyai blognya sendiri untuk memberikan segala maklumat penting, pengalaman dan kejayaan yang telah di capai oleh anak-anak keluaran Iman Readers dibawah kelolaan Puan Nuridah dan suaminya En Mohd Isa .

Iman Readers ingin berkongsi pengalaman pahit-manis suka-duka dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan bermanafaat seperti yang di sarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Diharap perkongsian ini akan dapat dimanafaatkan bersama oleh para ibubapa yang perihatin terhadap pendidikan awal anak-anak mereka.