04 January, 2016

Assalamualaikum..

Para ibu bapa sekalian, blog ini telah berpindah ke website baru seperti link di bawah

http://imanreaders.wix.com/tic2016

Sekian, terima kasih.

02 December, 2014

..:: Pendaftaran 2015 ::..




Kini pendaftaran sesi 2015 dibuka..
Sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke TIC, boleh mengambil borang di pejabat sekarang juga. Bagi pelajar 4 tahun dan 5 tahun juga perlu mengambil borang bagi mendaftar nama. Hanya borang yang disertakan dengan gambar, salinan mykid, salinan surat beranak dan bayaran pendaftaran RM250 sahaja dikira mendapat tempat di TIC. Sekiranya salah satu daripada butiran di atas tidak lengkap, anak anda masih belum terjamin mendapat tempat di TIC.

Had maksima pelajar bagi setiap kelas ialah 15 pelajar dalam satu kelas. TIC mempunyai 5 kelas. 1 kelas bagi pelajar 4 tahun, 2 kelas bagi pelajar 5 tahun dan 2 kelas bagi pelajar 6 tahun.

Untuk pengetahuan tuan/puan, kami juga menyediakan perkhidmatan Transit untuk anak-anak tadika.

Kami juga mempunyai perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik dan kami juga menghantar anak tuan/puan ke rumah yang berdekatan.

Sekiranya mempunyai persoalan mengenai TIC, bolehlah diajukan ke imanreaders@gmail.com atau cari Tadika Iman Cemerlang di Facebook.



02 December, 2013

..:: Jawatan Kosong ::..


Tadika Iman Cemerlang mempunyai kekosongan guru dan kerani sementara atau tetap bermula Januari ini. Kami ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengajar dan menguruskan pejabat. Syarat-syarat yang telah digariskan oleh Pengusaha TIC (Ummi Idah  013-263 5390) ialah..
  1. Wanita sahaja
  2. Bertudung mengikut syariat
  3. Menutup aurat
  4. Penyayang dan sabar dengan kerenah kanak-kanak
  5. Bersedia untuk diberi tunjuk ajar
  6. Kreatif
  7. Tegas dan lantang bersuara
  8. Tinggal di sekitar kawasan Greenwood - Melewar - Padang Balang
  9. Bekerja diantara jam 7.30 pagi - 2.30 petang
  10. Gaji RM500
Syarat-syarat yang ditetapkan untuk seorang kerani ialah..
  1. Wanita sahaja
  2. Bertudung mengikut syariat
  3. Menutup aurat
  4. Penyayang dan sabar dengan kerenah kanak-kanak
  5. Bersedia untuk diberi tunjuk ajar
  6. Pandai menaip dan menggunakan aplikasi komputer yang lain
  7. Tinggal di sekitar kawasan Greenwood - Melewar - Padang Balang
  8. Bekerja diantara jam 7.30 pagi - 2.30 petang
  9. Gaji RM550
Sesiapa yang berminat, boleh emelkan resume anda ke imanreaders@gmail.com dan sekiranya ingin bertanya lebih lanjut mengenai tawaran ini, boleh menghubungi Ummi Idah (Pengusaha) 013-263 5390



06 April, 2011

Lawatan ke Balai Bomba






Tadika Iman Cemerlang telah mengadakan satu lawatan ke Balai Bomba Gombak Selatan..
Seramai 58 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru telah sampai ke balai bomba pada jam 9.30 pagi..
Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh En.Zawawi. Taklimat itu berkisar tugas dan tanggungjawab bomba dan memperkenalkan alatan-alatan serta pakaian bomba..
Mereka juga diberi peluang untuk melihat secara dekat jentera bomba dan segala perkakas yang ada di dalam jentera bomba..
Kemudian, murid-murid menaiki jentera bomba dan mengelilingi persekitaran..
Akhir sekali, murid-murid dapat merasa mandi di bawah hos bomba..

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman murid2 TIC ke Balai Bomba..
Ramai di kalangan murid-murid ini berani dan petah berkata-kata dan bertanya soalan dengan pegawai bomba..
Ini menunjukkan keyakinan diri mereka yang bagus dan mereka mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi..
Walaubagaimanapun, masih terdapat murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cepat di persekitaran yang baru..
Terutamanya apabila bertemu dengan orang yang belum dikenali..
Ini menunjukkan murid ini susah untuk mempercayai orang baru..
Mereka akan menangis apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali..

Kesimpulannya, lawatan ini memberi banyak input yang berguna serta pengalaman baru yang menarik buat anak-anak TIC

bomba cilik

menaiki jentera bomba

mandi shower

01 April, 2011

Bomba & TIC



Rumah terbakar panggil bomba..
Bomba datang berlumba-lumba..
Anak kambing patah kaki..
Bomba datang selamatkan kami..

Ini antara lagu-lagu yang didendangkan oleh anak-anak TIC bagi menyambut ketibaan pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gombak Selatan.

Pada 28 Mac yang lalu..
Pihak Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan telah hadir ke TIC dan beramah mesra dengan anak-anak di TIC..

Kehadiran dua orang pegawai iaitu En.Sabri dan En.Zawawi ke TIC disambut dengan nyanyian nasyid-nasyid TIC..

Anak-anak TIC sangat teruja dengan kehadiran "abg bomba" dan ada mereka berpusu-pusu ingin bersalaman dengan abang-abang bomba..

Pegawai bomba memberikan taklimat khas kepada anak-anak bagi pedoman mereka di masa hadapan..
Taklimat tersebut berkisar mengenai cara-cara dan tindakan yang perlu dilakukan ketika berlaku kebakaran di rumah atau di tadika..

Taklimat selama 1jam itu memberikan banyak input yang berguna buat mereka..
Latihan praktikal juga ada dibuat bagi melatih mereka bertindak pantas apabila berlaku kebakaran..
selepas taklimat, anak-anak TIC dihidangkan dengan tayangan video mengenai bahaya api dan cara-cara menghindar dari berlaku kebakaran..

persembahan nasyid..

aksi dari abang bomba..

praktikal cara melarikan diri..

cara berguling apabila terkena api..


Ini adalah antara aktiviti TIC selaku ahli kelab 3K ( Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak)
Kami juga akan membuat lawatan ke balai bomba pada 6 april 2011 dan pengunsian bangunan pada 18 April 2011.

Semoga anak-anak TIC lebih mengenali apa itu bomba dan tugasan-tugasan bomba serta mengetahui bahaya api apabila tidak terkawal..

16 January, 2011

Hari Pertama di TIC


3 Januari...
merupakan hari yang bermakna buat semua warga TIC..
Semua warga TIC gembira dan bersemangat pada hari pertama sesi 2011..
Semua pelajar datang dengan wajah yang ceria..

Comel dan bersahaja telatah mereka..
Ada juga yang menangis dan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa mereka..
Berbagai-bagai kerenah dan gelagat pada hari pertama..

Kami.. warga TIC mengucapkan
Selamat Kembali dan Selamat Datang kepada
pelajar-pelajar lama dan pelajar-pelajar baru..
Semoga kalian lebih bersemangat dalam menghadapi sesi 2011..

Kami mendoakan kejayaan kalian di TIC..

4 PERFECT
5 EXCELLENT
5 SMART
6 BRILLIANT
6 INTELLIGENT










20 December, 2010

Tadika Iman Cemerlang - Brief Updates

  1. Tadika Iman Cemerlang adalah satu-satunya tadika milik bumiputera di sekitar kawasan Taman Karak Utama dan taman-taman berdekatan yang menggunakan sepenuhnya Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan (KSPK). Tadika ini juga menggunapakai kaedah cepat membaca ”ReadEasy dan Bacalah Anakku” yang terbukti amat berkesan. Ini dapat dilihat dari jumlah murid tadika kami yang melebih 70 orang terdiri daripada anak-anak Melayu Islam. Kebanyakan anak-anak keluaran tadika ini telah berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah rendah pilihan .
  2. Tadika Iman Cemerlang telah diperiksa oleh Tuan Haji Mohd Fuad Bin Razali, Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti W. Persekutuan pada 11 Nov 2010 yang telah memberikan markah penilaian tinggi (”rating” 4 dan 5 untuk setiap kategori). Komentar umum oleh Tuan Haji Mohd Fuad ialah ”Tadika Iman Cemerlang adalah sebuah tadika yang mantap dan boleh berkembang lebih pesat di masa hadapan.”
  3. Tadika Iman Cemerlang telah dijadikan Tadika Contoh oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan mendapat kunjungan beberapa agensi kerajaan dan sebuah syarikat rakaman media.